Tarikh diterbitkan : 02 Jul 2020
Gangguan Capaian Sistem eKadaster di JUPEM Perlis
Dimaklumkan bahawa sistem eKadaster termasuklah aplikasi JUPEM2U Perlis akan mengalami gangguan capaian pada 3 Julai 2020 (Jumaat) jam 2.30 petang bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja penanggalan sistem penghawa dingin bangunan. Sistem eKadaster termasuklah aplikasi JUPEM2U Perlis dijangka akan beroperasi semula pada petang 6 Julai 2020 (Isnin). Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.