Tarikh diterbitkan : 18 Dec 2020

Gangguan Capaian Aplikasi Perkhidmatan Permohonan Permit Pengambaran dan Pemetaan Udara dalam Sistem eBiz 2.0

Dimaklumkan bahawa aplikasi Perkhidmatan Permohonan Permit Pengambaran dan Pemetaan Udara akan mengalami gangguan capaian pada 20 Disember 2020 (Ahad) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan di Pusat Data JUPEM. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.