Tarikh diterbitkan : 18 May 2021
MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI PEJABAT JABATAN UKUR DAN PEMETAAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR/PUTRAJAYA
Dimaklumkan Pejabat JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya di Tingkat 3 & 4, Wisma JUPEM akan ditutup sementara pada 18 Mei 2021 (Selasa) bagi menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi.
Walau bagaimanapun, kaunter jualan di Pusat Khidmat Pelanggan akan dibuka seperti biasa.
Segala kesulitan yang dialami amat dikesali. Terima kasih.