Tarikh diterbitkan : 30 Oct 2020

Gangguan Perkhidmatan StarNet di JUPEM Pahang

Dimaklumkan bahawa perkhidmatan StarNet dalam SUM Server di JUPEM Pahang tergendala sejak 28 Oktober 2020 menyebabkan penghantaran kerja melalui JUPEM2U Pahang tidak dapat dilaksanakan. Kerja pembaikan dan pemulihan sedang giat dilaksanakan. Segala kesulitan dalam perkara ini amatlah dikesali.