Tarikh diterbitkan : 26 Jul 2022

MAJLIS PERASMIAN PENGISYTIHARAN PULAU PERAK SEBAGAI TITIK RUJUKAN PALING BARAT MALAYSIA BAGI HITUNGAN KALENDER ISLAM DAN PELANCARAN BULAN FALAK KEBANGSAAN TAHUN 2022

Majlis Perasmian dan Pengisytiharan Pulau Perak Sebagai Titik Rujukan Paling Barat Malaysia telah diadakan pada 25 Zulhijah 1443H bersamaan 25 Julai 2022M (Isnin) bertempat di Dewan Jamuan Utama Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah yang turut dihadiri oleh YBrs. Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Pengarah Ukur Bahagian (Ukur Geodetik), JUPEM.  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman telah menitah dan memperkenankan mencemar duli merasmikan Pengisytiharan Pulau Perak Sebagai Titik Rujukan Paling Barat Malaysia bagi Hitungan Kalender Hijri Malaysia.

Sebelum itu, YBrs. Sr. Dr Ahmad Sanusi bin Che Cob yang juga Panel Pakar Falak JAKIM telah menyampaikan pembentangan kertas kerja pertama yang bertajuk Pulau Perak Sebagai Titik Rujukan Paling Barat Malaysia Bagi Hitungan Kalendar Islam di Dewan Seri Mentaloon, Jalan Anak Bukit, Alor Setar.

Pegawai JUPEM Kedah yang turut hadir semasa majlis tersebut adalah Sr Tsalimy bin Abdullah, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah dan Sr. Mohd Zaim bin Omar, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II Negeri Kedah serta Sr Shazlin bin Omar, Juruukur Daerah Kedah Utara.

Pemakaian Titik Rujukan Paling Barat Pulau Perak akan mula diadaptasi dengan rasminya pada Kalender Hijri 1444H tahun 2022M.