Tarikh diterbitkan : 27 Jul 2022

JUPEM @ PROGRAM DIGITAL & GIS KeTSA 2022

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Pusat Geospatial Negara (PGN) dan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah menganjurkan Program Digital & GIS KeTSA 2022 bertemakan “Digital dan GIS Aspirasi Negara” pada 26 Julai 2022 (Selasa), jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang, bertempat di Dewan Baiduri, KeTSA. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha KeTSA.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sempena program ini seperti pameran ICT dan geospatial, sesi perkongsian, Kahoot!, pertandingan gambar kreatif serta cabutan bertuah.

JUPEM jua turut serta dalam pameran sempena program ini dengan bercirikan digital dan geospatial, dimana beberapa sistem jabatan telah dipersembahkan adalah DGIM, SKIP, MyGeoServe dan Web Atlas. Antara agensi lain yang turut menyertai pameran adalah PGN, BPM KeTSA, INSTUN, FRIM, TNB, PLANMALAYSIA, ESRI, MAP2U, NEXAGATE dan TM ONE.