Tarikh diterbitkan : 03 Aug 2022

PERSIDANGAN PENTADBIRAN TANAH SEMPENA SAMBUTAN HARI TANAH NEGARA 2022

Bersempena Sambutan Hari Tahan Negara ke-6 Tahun 2022, program Persidangan Pentadbiran Tanah telah dilangsungkan pada 1 Ogos 2022 di Dewan Damar Sari, Blok F8 Parcel F, Putrajaya.

Persidangan ini merupakan anjuran Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan ia telah dirasmikan oleh YB Datuk Ali Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli. 

Bagi pihak JUPEM, kehadiran Sr Wan Mohamad Darani bin AB. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan I, Sr Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan II dan Sr Bernard Sia Siew Fang, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor telah menyemarakkan lagi program ini.

Manakala dalam Sesi Plenari yang bertajuk "Adakah Negara Bersedia Menerima Pentadbiran Tanah Elektronik Sepenuhnya?" telah menjemput wakil JUPEM, Sr Looi Kam Seng, Pengarah Ukur Seksyen - SME Kadaster (Ukuran Kadaster) untuk membincangkan isu ini bersama ahli panel yang lain.

HARI TANAH NEGARA KE-6 TAHUN 2022
"Jajaran Pendigitalan Tanah Merentasi Sempadan"