Tarikh diterbitkan : 25 Aug 2022

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA

Program Memasak Bubur Asyura telah dianjurkan oleh JUPEM dengan kerjasama antara PUSPANITA JUPEM dan Persatuan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI) JUPEM. Konsep gotong-royong memasak bubur asyura ini telah diadakan di perkarangan Dewan Ukur, pada 18 Ogos 2022 bersamaan 20 Muharam 1444H.

Aktiviti ini dijalankan pada setiap tahun sempena kedatangan bulan Muharam. Aktiviti ini dilihat dapat meningkatkan lagi jalinan ukhuwah dikalangan kakitangan JUPEM serta memupuk sifat bekerjasama.

Bubur-bubur asyura ini telah diagihkan kepada semua warga JUPEM Ibu Pejabat dan agihan tersebut telah disempurnakan oleh YBrs Sr Wan Mohamad Darani bin Ab Rahman, TKPUP I, dan turut dihadiri oleh Sr Hazri bin Hassan, TKPUP II. 

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.