Tarikh diterbitkan : 23 Oct 2019

BGSP terima anugerah Special Achievement in GIS (SAG)

22 Oktober 2019 - Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), JUPEM telah menerima anugerah Special Achievement in GIS (SAG) yang telah disampaikan oleh Encik Tan Choon Sang, Ketua Pegawai Eksekutif Esri Malaysia dalam majlis Senior Leaders Forum yang telah berlangsung pada hari ini di Sofitel Hotel, Kuala Lumpur.

Sebenarnya penganugerahan ini telah diumumkan dalam Esri User Conference yang telah diadakan di San Diego, California pada 8 - 12 Julai 2019.

BGSP telah diiktiraf dalam Pengurusan Bencana GeoCentric yang berpusat di mana telah membina satu platform kolaborasi untuk membantu dan memberi respons yang lebih baik kepada bencana alam.

Platform ini digunakan semasa berlakunya bencana banjir dan telah memainkan peranan penting dalam mengumpul dan berkongsi data masa-hakiki (real-time). Ini dapat membantu agensi yang berkaitan untuk bekerjasama dan menyelaraskan misi menyelamat, mengutamakan bidang kritikal dan mengoptimumkan pengedaran sumber.