Tarikh diterbitkan : 12 Sep 2022

MESYUARAT JAWATANKUASA GEOSPATIAL PERTAHANAN (JGP) SIRI 19/2022 | 2 SEPTEMBER 2022

MESYUARAT JAWATANKUASA GEOSPATIAL PERTAHANAN (JGP) SIRI 19/2022 | 2 SEPTEMBER 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Geospatial Pertahanan (JGP) Siri 19/2022 anjuran bersama oleh Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), JUPEM dan Markas ATM (Bahagian Operasi Latihanan Pertahanan) telah diadakan di Hotel Grand Paragon, Johor Bharu pada 2 September 2022.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan secara bersama oleh YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria bin Haji Yadi, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia bersama dengan YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia selaku Pengarah Kehormat Ukur Tentera dan Penasihat Jawatankuasa Geospatial Pertahanan.

Sesi mesyuarat ini turut dihadiri oleh Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Ketua Jurutera ATM, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan (Markas Tentera Darat), Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan (Markas Tentera Laut), Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan (Markas Tentera Udara), Ketua Pengarah Hidrografi, Pusat Hidrografi Negara (PHN), Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (JUPEM), Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MySA), Pengarah Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, Ketua Pengarah Siber dan Elektromagnetik Pertahanan, Setiausaha Bahagian (Ukur dan Pemetaan), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Setiausaha Bahagian (Dasar dan Perancangan Strategik), Kementerian Pertahanan Malaysia serta beberapa pegawai kanan dari JUPEM dan juga ATM yang lain.

Mesyuarat yang dijalankan secara berkala ini antara lainnya adalah untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan penggubalan Dasar dan garis panduan berhubung dengan program Pemetaan dan pengurusan maklumat Geospatial. 

Selain itu juga, penubuhan Jawatankuasa ini adalah bertujuan untuk mengkoordinasi keperluan latihan, spesifikasi dan piawaian dalam aspek penyediaan data dan maklumat Geospatial kepada pihak ATM khususnya.