Tarikh diterbitkan : 15 Sep 2022

JUPEM@MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATION PROGRAMME (MTCP) 2022 INSTUN | 5-9 SEPTEMBER 2022

JUPEM@MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATION PROGRAMME (MTCP) 2022 INSTUN | 5-9 SEPTEMBER 2022

INSTUN telah berjaya melaksanakan Program Kerjasama Teknikal Malaysia 2022 atau dikenali sebagai Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) 2022 yang berasakan ukur dan pemetaan bertemakan "Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0) Survey and Mapping Practices in Malaysia". Ia merupakan sebuah program berimpak tinggi anjuran INSTUN dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN) telah bermula pada 5 sehingga 9 September 2022.

Program MTCP yang berlangsung selama 5 hari secara dalam talian ini telah mencapai matlamat penganjurannya dengan melibatkan 11 orang peserta dari 6 buah negara iaitu dari Mauritious, Egypt, Samoa, Jordan, Bahrain dan Algeria. 

JUPEM turut bersama menjayakan program ini dengan turut serta memberi perkongsian ilmu dalam bidang ukur dan pemetaan dengan penglibatan Pakar Bidang Khusus (SME) yang dijemput untuk memberi ceramah kepada peserta MTCP. 

Pegawai JUPEM yang terlibat adalah:

  i) Sr Looi Kam Seng, dengan topik "eCadastre of National Database: Issues and Challenges";
 ii) Sr Irwan Khushaini bin Mohd Jan, dengan topik "I.R. 4.0 in Survey and Mapping Practice in Malaysia";
iii) Sr Abd Rahman bin Mohd Jazuli @ Mahmood, dengan topik "Database of Utility Mapping (PADU)";
iv) Sr Nur Zurairah binti Abdul Halim, dengan topik "Making Sense of 2D and 3D Data Beyond the
    Cadastre Purpose";
v) Sr Yeap Wei Chien, dengan topik "GIS Data Assessment for Pandemic Covid-19";
vi) Sr Abdul Halim bin Tuiran, dengan topik "Light Detection and Ranging (LiDAR) for Mapping
     Environment in Malaysia"; dan
vii) Sr Dr. Muhammad Asyran bin Che Amat, dengan topik "GNSS Practice in Land Survey and Mapping".

Manakala bagi sesi 'country report', sesi ini telah dikoordinasi oleh Sr Looi Kam Seng (JUPEM) dan Majlis Penutup MTCP 2022 INSTUN telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Khairin Nazry bin Karim, Pengarah INSTUN pada 9 September 2022.

Tahniah dan syabas INSTUN atas penganjuran program berkenaan, semoga perlaksanaan amalam ukur dan pemetaan di negara kita terus kukuh dan dikenali di negara luar.

"Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0) Survey and Mapping Practices in Malaysia"