Tarikh diterbitkan : 29 Sep 2022

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PEMETAAN UTILITI (JTPU) TAHUN 2022 | 12 SEPTEMBER 2022

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PEMETAAN UTILITI (JTPU) TAHUN 2022 | 12 SEPTEMBER 2022

Jawatankuasa Teknikal Pemetaan Utiliti (JTPU) telah mengadakan Mesyuarat JTPU Tahun 2022 pada 12 September 2022 (Isnin) bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 15, Wisma JUPEM yang dipengerusikan oleh YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II. Turut hadir bersama mesyuarat ini terdiri daripada Setiausaha JTPU iaitu YBrs. Sr Abd Rahman bin Mohd Jazuli @ Mahmood yang juga merupakan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU) serta pegawai-pegawai JUPEM.

JTPU ini merupakan salah satu daripada Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemetaan dan Dasar Spatial Negara (JPDSN) pada 7 Jun 1994 di Miri, Sarawak. Objektif jawatankuasa ini adalah mementukan dasar program dan aktiviti pemetaan maklumat kemudahan awam berkaitan utiliti bawah tanah agar dapat diselaras dan dilaksanakan dengan efisien dan berkesan oleh semua agensi yang terlibat. Pada sesi ini, Mesyuarat JTPU dihadiri oleh seramai 52 orang yang terdiri daripada 27 ahli tetap agensi/jabatan dan 9 ahli bersekutu iaitu Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP), Pusat Geospatial Negara (PGN), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Agensi Angkasa Malaysia (MySA), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Telekom Malaysia Berhad (TM), Gas Malaysia Berhad (GMB), Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK), Puncak Niaga Holdings Bhd., Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Radicare Malaysia Sdn. Bhd., Southern Waste Management (SWM), Syarikat Equarater (Penang) Sdn. Bhd., Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Turut hadir adalah wakil Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT), Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dan Koridor Utiliti Negeri.

Di antara perkara-perkara yang telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut adalah mengenai penerimaan data utiliti agensi dan aktiviti-aktiviti pemetaan utiliti yang dilaksanakan oleh JUPEM selaku agensi Kerajaan yang telah diberikan mandat oleh Jemaah Menteri pada tahun 1994 agar JUPEM menjadi pusat repositori data-data utiliti di Malaysia. Selain itu, satu pembentangan berkaitan Augmented Reality Underground Utility Mapping System (ARUUMS) turut juga telah disampaikan oleh JUPEM semasa mesyuarat ini berlangsung.