Tarikh diterbitkan : 29 Sep 2022

SESI LAWATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ON MALAYSIA (UTHM) KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 20 SEPTEMBER 2022

SESI LAWATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ON MALAYSIA (UTHM) KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 20 SEPTEMBER 2022

Satu delegasi dari Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Universiti Tun Hussein On Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor yang diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Norliza Binti Othman, Penyelidik Utama bersama-sama dengan Dr. Saizalmursidi bin Md Mustam, Timbalan Pengarah (Stratergi dan Pembangunan) Pusat Penyelidikan dan Pembangunan, Prof. Madya Sr. Ts. Dr. Mustaffa bin Anjang Ahmad, Penyelidik UTHM, Ts. Dr. Hendy Fitrian Suhandri, Penyelidik UTHM dan  Sr. Ts. Dr. Nazirah binti Mohamad Abdullah, Penyelidik UTHM telah mengadakan Sesi Lawatan ke JUPEM pada hari ini.

Delegasi tersebut telah disambut oleh YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I bersama-sama dengan YBrs. Sr Muhammad Salim Bin Mohammed Asari, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster. Sesi tersebut juga telah dihadiri oleh Sr Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan Korporat, Sr Iza Zarina binti Abdul Razak@Idris, Timbalan Pengarah Ukur (Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara) dan juga pegawai kanan JUPEM yang lain.

Pada sesi lawatan ini juga, pihak JUPEM telah menyampaikan taklimat berkaitan dengan pengenalan JUPEM serta pembentangan mengenai aplikasi MyGeoserve dan produk - produk Jabatan yang lain. Manakala pihak UTHM pula telah menyampaikan taklimat berkenaan dengan pengenalan serta hala tuju dan pencapaian UTHM.

Selain itu, kedua-dua pihak telah membincangkan cadangan awal bagi perkongsian kepakaran, data dan maklumat Geospatial bagi tujuan penyelidikan dan memberi pendedahan kepada para siswazah berkaitan dengan bidang Geoinformasi dan teknologi Ukur dan Pemetaan.

Pihak Jabatan akan memberikan kerjasama dan sokongan penuh kepada pihak pengajian tinggi di negara ini selaras dengan memberi pendedahan kepada mahasiswa berkaitan dengan konsep Geospatial serta bidang Geomatik.