Tarikh diterbitkan : 04 Oct 2022

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN) KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) | 22 SEPTEMBER 2022

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN) KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) | 22 SEPTEMBER 2022

Ketua Pengarah Pusat Hidrografi Nasional (PHN), YBhg. Dato’ Hanafiah bin Hassan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP) JUPEM, YBrs. Sr. Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali di Wisma JUPEM Kuala Lumpur pada 22 September 2022.

Kunjungan ini turut dihadiri lima (5) orang delegasi dari PHN dan hadir bersama Sr Wan Mohamad Darani bin AB. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Brig. Jen. Sr Dr Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), serta pegawai-pegawai kanan JUPEM. Pertemuan dan perbincangan dua hala ini mengambil masa hampir 1 jam yang menyentuh pelbagai perkara dan kerjasama. Sebagai menyantuni kehadiran delegasi PHN, KPUP JUPEM menyampaikan cenderamata Jabatan kepada KP PHN.