Tarikh diterbitkan : 04 Oct 2022

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK QE/5S IBU PEJABAT JUPEM | 22 SEPTEMBER 2022

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK QE/5S IBU PEJABAT JUPEM | 22 SEPTEMBER 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Induk QE/5S Ibu Pejabat JUPEM telah diadakan pada 22 September 2022 (Khamis). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I.

Tujuan Mesyuarat adalah untuk membincangkan kemajuan pelaksanaan serta perancangan aktiviti QE/5S Ibu Pejabat JUPEM dari Oktober 2021 hingga September 2022 melalui pembentangan jawatankuasa kecil yang dilantik dan membincangkan langkah-langkah persediaan menghadapi audit pensijilan semula QE/5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang akan dijalankan pada 13 Oktober 2022.

Di akhir mesyuarat ini, Pihak Pengurusan JUPEM berbesar hati menyampaikan hadiah penghargaan kepada Zon terbaik QE/5S Tahun 2022. Syabas dan Tahniah kepada Zon Ehwal Persempadanan atas penganugerahan Zon Terbaik QE/5S Tahun 2022.