Tarikh diterbitkan : 04 Oct 2022

KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) DAN PERTUBUHAN JURUUKUR DIRAJA MALAYSIA (RISM) | 22 SEPTEMBER 2022

KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) DAN PERTUBUHAN JURUUKUR DIRAJA MALAYSIA (RISM) | 22 SEPTEMBER 2022

KUALA LUMPUR, 22 September - JUPEM dan Bahagian Geomatik dan Ukur Tanah, Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah berjaya menganjurkan Kempen Derma Darah bertempat di Dewan Ukur, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Kempen Derma Darah ini telah dirasmikan oleh YBrs Sr Mohammad Zaki Bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan diiringi oleh YBrs Sr Wan Mohamad Darani Bin Ab. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I serta YBrs Sr Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II.

Hadir bersama dalam perasmian kempen ini adalah YBrs Sr Dainna binti Baharuddin, Presiden Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM), YBhg Datuk Sr Hj Johari Bin Wahab, Pengerusi Bahagian Geomatik dan Ukur Tanah RISM, pegawai-pegawai kanan RISM dan warga Ibu Pejabat JUPEM.

Seramai 111 orang telah hadir dalam kempen ini dan terdapat 71 orang penderma berjaya melepasi saringan untuk menderma darah. Pihak Urus Setia JUPEM dan RISM mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma dan kakitangan PDN kerana telah menjayakan kempen ini.

“Setitis darah, Seribu Harapan, Sejuta Senyuman”