Tarikh diterbitkan : 07 Oct 2022

JUPEM PAHANG @ PERSEDIAAN PENGANJURAN PESTA SUKAN UKUR SE-MALAYSIA 2023 | 29 SEPTEMBER 2022

JUPEM PAHANG @ PERSEDIAAN PENGANJURAN PESTA SUKAN UKUR SE-MALAYSIA 2023 | 29 SEPTEMBER 2022

Pesta Sukan Ukur Se-Malaysia atau dikenali sebagai PESUMA kali yang ke-34 pada tahun 2023 akan dianjurkan oleh JUPEM Pahang selaku tuan rumah. Sehubungan dengan itu, persediaan awal telah diatur dan pada 29 September 2022, perbincangan penganjuran PESUMA 2023 telah diadakan di JUPEM Pahang.

Perbincangan antara JUPEM Pahang dan Ahli Majlis Tertinggi (MSJU) yang di ketuai oleh Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II Pahang, Mohd Rosli bin Ab.Rahman dan Setiausaha Kehormat MSJU, Sr Rabiulkhair bin Mohd Nor telah membincangkan beberapa perkara antaranya, peraturan pertandingan, format kejohanan, jenis sukan yang akan dianjurkan dan seterusnya sesi lawatan ke tapak pertandingan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kampus Kuantan Pahang.

Cadangan PESUMA kali-34 tahun 2023 adalah pada 9-12 Jun 2023 di Kuantan, Pahang.

"Meningkatkan Produktiviti Melalui Sukan'