Tarikh diterbitkan : 20 Oct 2022

SESI MENANDATANGANI PELAN KERJA HASIL PENANDAAN DAN PENGUKURAN SEMPADAN BERSAMA ANTARA NEGERI KEDAH DAN NEGERI PERLIS | 27 SEPTEMBER 2022

SESI MENANDATANGANI PELAN KERJA HASIL PENANDAAN DAN PENGUKURAN SEMPADAN BERSAMA ANTARA NEGERI KEDAH DAN NEGERI PERLIS | 27 SEPTEMBER 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Teknikal (JBT) Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama antara Negeri Kedah dan Negeri Perlis telah berlangsung pada 27 September 2022 di Wisma Negeri, Alor Setar. Mesyuarat ini juga turut berlangsungnya satu sesi menandatangani pelan kerja hasil penandaan dan pengukuran sempadan bersama antara Negeri Kedah dan Negeri Perlis.

Sesi tandatangan tersebut melibatkan Pengerusi JBT Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama antara Negeri Kedah dan Negeri Perlis iaitu YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, YBrs. Tuan Ismasuhaimi bin Sharif, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis. Sesi dimulakan oleh Sr Shabudin bin Saad, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Topografi Semenanjung) serta serta Sr Tsalimy bin Abdullah, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah dan Sr Mohd Khairani bin Md Yusop, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Perlis.

YBrs. Tuan Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah berbesar hati hadir menyaksikan sesi tersebut sebagai tanda sokongan padu kepada JBT dan pegawai-pegawai JUPEM yang terlibat dalam urusan memuktamadkan pelan kerja hasil penandaan dan pengukuran sempadan bersama antara Negeri Kedah dan Negeri Perlis. Turut hadir menyaksikan adalah YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, YBrs. Tuan Hazrey bin Tomyang, Setiausaha Bahagian Ukur, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan Sr Powzy bin Mohd Som, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan) serta delegasi Mesyuarat JBT.

Memorandum Persefahaman (MoU-2) Hasrat Penandaan dan Pengukuran yang ditandatangan pada 14 Mac 2017 telah memberi mandat kepada JUPEM melaksanakan kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan. Pejabat Topografi Wilayah Taiping telah berjaya menyelesaikan ukuran yang bermula tahun 2017 hingga 2020 dan penyediaan pelan kerja sebanyak 26 lembar oleh BPTSM. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kakitangan Pejabat Topografi Wilayah Taiping, BPTSM dan JBT Kedah-Perlis atas kejayaan ini. Didoakan agar perjanjian sempadan antara kedua-dua Negeri akan dapat dimuktamadkan seterusnya membolehkan pengurusan dan penyeliaan pentadbiran serta pembangunan di sekitar sempadan berjalan lancar.