Tarikh diterbitkan : 26 Oct 2022

LAWATAN TEKNIKAL MENYUSURI SUNGAI SANGLANG SEMPADAN ANTARA NEGERI KEDAH DAN NEGERI PERLIS | 27 SEPTEMBER 2022

LAWATAN TEKNIKAL MENYUSURI SUNGAI SANGLANG SEMPADAN ANTARA NEGERI KEDAH DAN NEGERI PERLIS | 27 SEPTEMBER 2022

Satu lawatan teknikal ke kawasan sempadan antara Negeri Kedah dan Negeri Perlis di sepanjang Sungai Sanglang telah diadakan pada pagi 27 September 2022 bagi meneruskan usaha memuktamadkan sempadan darat yang telah siap ditanda diukur oleh Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung Malaysia pada bermula 2017 dan siap pada tahun 2020.

Lawatan ini diketuai oleh YBrs. Tuan Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Lawatan ini turut dihadiri oleh Sr Tsalimy bin Abdullah, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah, Sr Mohd Khairani bin Md Yusop, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Perlis dan Sr Azuan Shah bin Muhamad, Penolong Pengarah Ukur (Pejabat Topografi Wilayah Taiping) mewakili Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung Malaysia.

Penerangan status dan keadaan lapangan telah disampaikan oleh Encik Alakasvaran a/l Muniandy, wakil Bahagian Ehwal Persempadanan khususnya berkaitan penentuan sempadan dari Titik A ke Titik C di sepanjang Sungai Sanglang berdasarkan Memorandum Persefahaman (MoU-2) Hasrat Penandaan dan Pengukuran yang telah ditandatangani pada 14 Mac 2017. Jarak muktamad setelah dijalankan ukuran terperinci adalah 7.0 kilometer.