Tarikh diterbitkan : 26 Oct 2022

KUNJUNGAN HORMAT WAKIL DEFENCE GEOGRAPHIC CENTRE (DGC), UNITED KINGDOM DAN ANNUAL MEETING BETWEEN DEFENCE GEOSPATIAL DIVISION, JUPEM MALAYSIA DAN DEFENCE GEOGRAPHIC CENTRE | 7 OKTOBER 2022

KUNJUNGAN HORMAT WAKIL DEFENCE GEOGRAPHIC CENTRE (DGC), UNITED KINGDOM DAN ANNUAL MEETING BETWEEN DEFENCE GEOSPATIAL DIVISION, JUPEM MALAYSIA DAN DEFENCE GEOGRAPHIC CENTRE | 7 OKTOBER 2022

Wakil Defence Geographic Centre (DGC), Richard Shill yang merupakan Regional Geospatial Liaison Officer Asia telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia pada 7 Oktober 2022.

Turut hadir pada sesi ini adalah YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab.Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Brig. Jen. Sr Dr Mohd Zambri bin Mohammad Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) dan Lt Kol Norazlin binti Pamuji, Timbalan Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), JUPEM.

Mesyuarat Tahunan di antara Bahagian Geospatial Pertahanan JUPEM dan Defence Geographic Centre ini adalah merupakan mesyuarat berkala yang diadakan bagi memperluaskan lagi kerjasama antara Malaysia dengan United Kingdom berkaitan aktiviti melibatkan pertukaran peta. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan pertukaran peta/carta, rancangan latihan dan kursus berkeperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta bantuan bagi mengumpulkan peta dan dokumen sejarah yang berkaitan dengan pemetaan di Malaysia. 

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.  Turut hadir bersama mesyuarat ini adalah Timbalan Pengarah Bahagian Ehwal Persempadanan dan Timbalan Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, JUPEM.