Tarikh diterbitkan : 26 Oct 2022

SPECIAL DISCUSSION FOR THE JOINT BORDER MAPPING PROJECT BETWEEN MALAYSIA & INDONESIA (JBM) | 5-7 OKTOBER 2022

SPECIAL DISCUSSION FOR THE JOINT BORDER MAPPING PROJECT BETWEEN MALAYSIA & INDONESIA (JBM) | 5-7 OKTOBER 2022

Special Discussion for the Joint Border Mapping Project between Malaysia dan Indonesia (JBM) telah diadakan pada 05-07 Oktober 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 15, Wisma JUPEM.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh delegasi Indonesia seramai 7 orang yang diketuai oleh En. Eko Artanto, Coordinator of International Boundary Mapping, Center for Boundary Mapping, Geospatial Information Agency, Indonesia. Mesyuarat kali ini telah di pengerusikan oleh Sr. Abdul Halim Bin Tuiran iaitu Pengarah Ukur Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN) bagi membincangkan isu-isu teknikal dalam penyediaan peta sempadan antara Malaysia dan Indonesia. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat berjadual yang dijalankan sebanyak dua kali dalam setahun secara bergilir di antara Malaysia dan Indonesia.

Pasukan JBM Malaysia terdiri daripada pegawai JUPEM iaitu Sr Abdul Halim Bin Tuiran (Pengarah Ukur Bahagian Pangkalan data Geospatial Negara), Sr Iza Zarina binti Abdu Razak (Pengarah Ukur Seksyen, Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara), Sr Mohd. Johari bin Md. Sharif (Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II, JUPEM N.Sembilan), Sr Nur Shakila binti Tahir (Penolong Pengarah Ukur, Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara), Sr Nurul ‘Izzati binti Abdul Haris (Penolong Pengarah Ukur, Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara), En. Muhamad Akmal Bin Rusli (Penolong Juruukur, Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara), En. Md Huzaini Bin Mohamed (Penolong Juruukur, Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara), Cik Nor Hayati binti Mohamad Nor (Penolong Juruukur, Bahagian Kartografi dan GIS), En. Nor Muhamat Zaidi Bin Md Isa (Penolong Juruukur, Bahagian Kartografi dan GIS), Pn. Sunita Binti Abd Lah (Penolong Juruukur, Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara) dan Cik Nurul Najihah Binti Azman (Penolong Juruukur, Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara).