Tarikh diterbitkan : 26 Oct 2022

TAHNIAH JUPEM! NAIB JUARA KESELURUHAN KARNIVAL HARI SUKAN NEGARA KeTSA 2022 | 8 OKTOBER 2022

TAHNIAH JUPEM! NAIB JUARA KESELURUHAN KARNIVAL HARI SUKAN NEGARA KeTSA 2022 | 8 OKTOBER 2022

Kontijen JUPEM telah membuktikan semangat kesukanan dengan membawa gelaran Naib Juara Keseluruhan Karnival Hari Sukan Negara (HSN) KeTSA 2022 apabila memenangi acara-acara yang telah dipertandingkan sempena HSN 2022:

Berikut adalah pencapaian kontijen JUPEM:

1. Karom : No.1

2. Dart : No.1

3. Bola Jaring: No.3

4. Street Soccer: No.3

5. Ping Pong: No.3

6. eGame FIFA 23 : No.4

Dengan pencapaian berkenaan, JUPEM telah mengutip 9 mata secara keseluruhan, hanya 1 mata ketinggalan dengan Juara Keseluruhan dari FRIM dengan 10 mata.

Terima kasih jua atas sokongan padu dari YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia yang memberi semangat kepada semua permain, dari awal sehingga akhir sentiasa berada disisi kontijen JUPEM. Tidak ketinggalan terima kasih kepada pihak penganjur Kementerian Tenaga dan Sumber Asli atas penganjuran yang terbaik dan menarik. Syabas kepada semua pemain-pemain JUPEM yang komitmen dalam menghasilkan kejayaan ini. Sokongan dari Majlis Sukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (MSJU) jua dalam melancarkan semua penglibatan kontijen JUPEM.

Tahniah dan Syabas JUPEM!