Tarikh diterbitkan : 28 Oct 2022

JUPEM @ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1444H/2022M | 9 OKTOBER 2022

JUPEM @ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1444H/2022M | 9 OKTOBER 2022

Kontinjen JUPEM telah menyertai perhimpunan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2022M, pada 12 Rabiulawal 1444H bersamaan 9 Oktober 2022, bertempat di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

Kontinjen JUPEM dengan penyertaan seramai 20 orang diketuai oleh Ketua Kontinjen En Khairul Zaid bin Zulkafli dari Bahagian Perancangan Korporat, JUPEM . Kontinjen mengenakan pakaian kebangsaan yang sedondon segak bergaya hadir dengan penuh bersemangat bagi memeriahkan majlis serta menunjukkan rasa kecintaan kepada Rasulallah S.A.W.

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP), Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali turut hadir pada majlis berkenaan sebagai Jemputan Khas Ketua Jabatan. Juga turut hadir mantan KPUP Dato’ Sr Dr Azhari bin Mohamed yang telah diundang khas oleh pihak penganjur.

Sambutan berlangsung dengan sangat meriah dan lancar dengan penyertaan dari pelbagai Kementerian/agensi/jabatan dari sektor kerajaan dan swasta.

Seperti lazimnya, majlis turut diserikan dengan penyampaian anugerah Maulidur Rasul kepada penerima dan persembahan nasyid dan nyanyian yang berunsurkan kebesaran Rasulallah S.A.W. yang telah disampaikan oleh artis tempatan.