Tarikh diterbitkan : 21 Nov 2019

Malaysia, Indonesia tandatangani MoU selesai isu sempadan

Mesyuarat Ke-43 Jawatankuasa Bersama Sempadan Antarabangsa Malaysia-Indonesia mengenai Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa antara Malaysia (Sabah & Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan Utara & Kalimantan Barat) (JMI-43) telah diadakan di Hotel Melia, Kuala Lumpur pada 19 hingga 21 November 2019.

Delegasi Malaysia telah diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, YBhg. Datuk Zurinah binti Pawanteh manakala delegasi Indonesia diketuai oleh Sekretaris Jenderal Kementerian Dalam Negeri (Kemendagri), Drs. Hadi Probowo di mana kedua-dua mereka juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Bersama Sempadan Indonesia-Malaysia. Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh kedua-dua Ketua delegasi.

Semasa JIM-43, kedua-dua Pengerusi Jawatankuasa Bersama Sempadan Indonesia-Malaysia telah menadatangani Memorandum Persedafaman (MoU) untuk menyelesaikan dua kawasan Permasalahan Sempadan Tertangguh (OBP) di Sektor Sabah-Utara Kalimantan, kawasan sempadan berhampiran Sungai Simantipal di Daerah Pensiangan dan sub-sektor dari batu penanda sempadan C 500 ke batu penanda sempadan C 600 di Daerah Sipitang, Sabah.