Tarikh diterbitkan : 28 Oct 2022

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL ATLAS KEBANGSAAN BIL 1 TAHUN 2022 | 14 OKTOBER 2022

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL ATLAS KEBANGSAAN BIL 1 TAHUN 2022 | 14 OKTOBER 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Atlas Kebangsaan (JTAK) Bil. 1 Tahun 2022 telah diadakan pada 14 Oktober 2022 bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 15, Wisma JUPEM yang dipengerusikan oleh Sr K.Mathavan a/l S.Kumaran, Pengarah  Ukur Seksyen, Bahagian Kartografi dan GIS, JUPEM.

JTAK merupakan salah satu jawatankuasa di bawah Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara (JPDSN) dimana objektif utama penubuhan adalah untuk memastikan data spatial dan pelbagai maklumat penting dan menarik mengenai Malaysia dapat disampaikan kepada pelajar, pentadbir dan orang awam melalui penerbitan Atlas Kebangsaan.

JTAK dipengerusikan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan keahlian sebanyak 26 agensi antaranya Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Jabatan Kerja Raya, Pusat Geospatial Negara (PGN), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Jabatan Perhutanan dan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) , Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Perhutanan Sarawak, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Sabah, Tourism Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Warisan Negara.

Mesyuarat yang diadakan pada kali ini bertujuan untuk memaklumkan status penerbitan buku Atlas Kebangsaan Cetakan Kedua dan membincangkan hala tuju JTAK akan datang demi memastikan penerbitan Atlas Kebangsaan sentiasa relevan dan maklumat geospatial yang dipaparkan dapat menarik pengguna awam menerusi penggunaan elemen kartografi dan infografik dalam penerbitan peta.