Tarikh diterbitkan : 28 Oct 2022

JUPEM @ KARNIVAL KeTSA @ KOTA BHARU PRIHATIN | 13 OKTOBER 2022

JUPEM @ KARNIVAL KeTSA @ KOTA BHARU PRIHATIN | 13 OKTOBER 2022

Karnival KeTSA @ Kota Bharu Prihatin di Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan telah berlangsung pada 13-15 Oktober 2022.

Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Menteri Caretaker Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). Pelbagai aktiviti serta program menarik telah dijalankan antaranya Pocket Talk, Selawat Kota Bharu, Pertandingan Mewarna, Senam Sihat Kota Bharu, Malam Kebudayaan bersama Selebriti Sabri Yunus, Fun Run, Fun Ride dan tidak lupa juga Kemunculan Istimewa Cherry dan Sanun (Gajah)!! Malah, cabutan bertuah turut disediakan buat pengunjung dan pempamer yang hadir di Karnival.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia turut menyertai pameran yang dijalankan sepanjang Karnival ini. JUPEM telah mengambil peluang untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan perkongsian yang menarik seperti Pertandingan Teka Jarak, Sijil Kelahiran Islam (Bahagian Ukur Geodetik), Carian Lot (JUPEM Kelantan), perkongsian MyGeoserve (Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara) dan tidak lupa juga mempamerkan alat-alat ukur seperti Dron, Total Station, GNSS dan lain-lain.

Pada hari ketiga Karnival, YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan telah melawat rerurai pameran JUPEM yang ia disambut oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali diiringi Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia I, Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman dan Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan, Sr Jamil Faisal bin Yusoff.

Terima kasih buat JUPEM Kelantan, JUPEM Ibu Pejabat; BKGIS, BPDGN, BGSP, BUG kerana turut serta dan bersama-sama menjayakan pameran ini.