Tarikh diterbitkan : 01 Dec 2022

KURSUS PENGENALAN DAN KEMAHIRAN TEKNIKAL BAGI AHLI YANG MEMFOKUSKAN PENGGUNAAN YANG BERASASKAN PERISIAN TERBUKA | 21 NOVEMBER 2022-25 NOVEMBER 2022

KURSUS PENGENALAN DAN KEMAHIRAN TEKNIKAL BAGI AHLI YANG MEMFOKUSKAN PENGGUNAAN YANG BERASASKAN PERISIAN TERBUKA | 21 NOVEMBER 2022-25 NOVEMBER 2022

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dengan penganjur bersama Bahagian Pemetaan Utiliti telah menganjurkan kursus pengenalan dan kemahiran teknikal bagi ahli yang memfokuskan penggunaan yang berasaskan perisian terbuka yang telah diadakan pada 21 November 2022 bersamaan 26 Rabiulakhir 1444H (Isnin) sehingga 25 November 2022 (Jumaat) bersamaan 1 Jamadilawal 1444H. Program tersebut telah diadakan di Hotel Dashbox, Cyberjaya Selangor.

YBrs Sr Mohammad Zaki Bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan Malaysia (KPUP) dan YBrs Sr Hazri Bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan II serta Encik Hairunnitham Bin Daud, Pengarah Teknikal bagi syarikat Dynamic Intellect Sdn Bhd turut hadir di sepanjang program tersebut berlangsung.

Seramai 20 orang peserta yang terlibat dalam kursus ini. Para peserta telah menerima banyak panduan dan penerangan berkenaan kegunaan perisian terbuka bagi mencapai hasrat YBrs KPUP untuk menggerakkan jentera kerja dalam membangunkan kerja pendigitan serentak dalam semua bahagian iaitu dari Ibu pejabat JUPEM sehingga JUPEM Negeri. Menerusi ceramah yang telah disampaikan pastinya program ini dapat membantu para pegawai yang terlibat dalam menjayakan aspirasi YBrs KPUP menerusi sembilan elemen yang menjadi sasaran utama dan salah satunya adalah penggunaan perisian terbuka ini.