Tarikh diterbitkan : 06 Dec 2022

JUPEM @ PROGRAM KESIHATAN ‘HEALTH TALK’ OLEH DR. ROBERT H.LUSTIG | 5 DISEMBER 2022

JUPEM @ PROGRAM KESIHATAN ‘HEALTH TALK’ OLEH DR. ROBERT H.LUSTIG | 5 DISEMBER 2022

Program kesihatan ‘Health Talk’ oleh Dr. Robert H.Lustig, pakar kesihatan dari Universiti San Francisco, Amerika Syarikat telah diadakan pada 5 Disember 2022 bertempat di Dewan Ukur, Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Program kesihatan ini merupakan anjuran bersama JUPEM dan Lembaga Jurukur Tanah (LJT).

Program kesihatan secara fizikal ini dihadiri oleh YBrs Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP), Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II dan serta warga Ibu Pejabat JUPEM, JUPEM Wilayah Persekutuan KL/Putrajaya dan JKPTG WP K.Lumpur.

Manakala, program ini turut melibatkan warga JUPEM Negeri dan komuniti ukur yang lain secara dalam talian menerusi Facebook Live. Seramai 2176 orang peserta dari seluruh Malaysia termasuk Indonesia dan Singapura telah berdaftar melalui pautan yang disediakan menerusi aplikasi ArcGIS.

Di akhir program tersebut, YBrs KPUP telah menyampaikan cenderahati kepada Dr. Robert H.Lustig sebagai tanda kenang-kenangan.