Tarikh diterbitkan : 25 Nov 2019

Majlis Penyampaian Surat Pengiktirafan dan Dokumen SME Special Assignment kepada Pegawai-Pegawai Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) JUPEM

Seramai lapan (8) orang Juruukur di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah diiktiraf oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam sebagai Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) dalam bidang teras Pengukuran dan Pemetaan berkuat kuasa 1 Oktober 2019.
 
Sehubungan itu, majlis penyampaian surat pengiktirafan dan dokumen SME Special Assignment (SSA) kepada pegawai-pegawai pakar bidang khusus (Subject Matter Expert - SME) telah diadakan pada 22 November 2019 bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Surat Pengiktirafan dan dokumen SME Special Assignment (SSA) tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pegawai SME atas pengiktirafan ini.