Tarikh diterbitkan : 08 Dec 2022

SESI KE-2: LJT @ PROGRAM KESIHATAN ‘HEALTH TALK’ OLEH DR. ROBERT H.LUSTIG |6 DISEMBER 2022

SESI KE-2: LJT @ PROGRAM KESIHATAN ‘HEALTH TALK’ OLEH DR. ROBERT H.LUSTIG |6 DISEMBER 2022

Sekitar Program ‘Health Talk’ oleh Pakar Kesihatan dari Universiti San Francisco, Dr. Robert H.Lustig yang diadakan pada 6 Disember 2022 bertempat di Prima Ballroom, Wisma LJT.

Program kesihatan ini merupakan salah satu program dalam Majlis Perjumpaan Lembaga Jurukur Tanah (LJT) Bersama Juruukur Tanah Berlesen (JTB) yang berlansung bermula dari jam 8.30 pagi.

Program ini turut dihadiri secara fizikal oleh YBrs Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP), merangkap Pengerusi LJT, YBhg. Datuk Sr Ismail bin Harun, Ketua Pegawai Eksekutif LJT, Sr Wan Darani bin Ab.Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta warga JTB.

Program ini juga turut melibatkan warga JUPEM Negeri dan komuniti ukur yang lain secara dalam talian menerusi Facebook Live. Terima kasih atas kehadiran dan sokongan anda.

Terima kasih kepada pihak LJT atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.