Tarikh diterbitkan : 08 Dec 2022

SESI KE-3: KeTSA @ PROGRAM KESIHATAN ‘HEALTH TALK’ OLEH DR. ROBERT H.LUSTIG | 7 DISEMBER 2022

SESI KE-3: KeTSA @ PROGRAM KESIHATAN ‘HEALTH TALK’ OLEH DR. ROBERT H.LUSTIG | 7 DISEMBER 2022

Sekitar Program kesihatan ‘Health Talk’ oleh Dr. Robert H.Lustig, pakar kesihatan dari Universiti San Francisco, Amerika Syarikat telah diadakan pada 7 Disember 2022 bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, KeTSA.

Program kesihatan secara fizikal ini dihadiri oleh YBrs Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP), YBrs Tuan Ahmad bin Tuan Wil, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan warga KeTSA.

Program ini juga turut melibatkan warga JUPEM Negeri dan komuniti ukur yang lain secara dalam talian menerusi Facebook Live yang telah berdaftar melalui pautan yang disediakan menerusi aplikasi ArcGIS. Terima kasih atas kehadiran dan sokongan anda dan terima kasih kepada pihak KeTSA atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Jumlah kehadiran yang direkod adalah seramai 1,404 orang telah menyertai program ini, dimana secara fizikal seramai 109 orang dan secara maya adalah seramai 1,295 orang.

Di akhir program tersebut, YBrs Tuan Ahmad bin Tuan Wil telah menyampaikan cenderahati kepada Dr. Robert H.Lustig sebagai tanda kenang-kenangan.