Tarikh diterbitkan : 14 Dec 2022

TERBAIK JUPEM! JUARA (LELAKI) & NAIB JUARA (WANITA) KAROM MAKSWIP 2022 |10-11 DISEMBER 2022

TERBAIK JUPEM! JUARA (LELAKI) & NAIB JUARA (WANITA) KAROM MAKSWIP 2022 |10-11 DISEMBER 2022

TAHNIAH JUPEM! Pasukan JUPEM telah membuktikan semangat kesukanan yang sangat tinggi dengan membawa gelaran JUARA DAN NAIB JUARA KEJOHANAN KAROM ANJURAN MAJLIS KEBAJIKAN ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN WILAYAH PERSEKUTUAN (MAKSWIP) 2022 yang telah berlangsung selama dua hari di Jabatan Perkhidmatan Awam, WP Putrajaya.

Walaupun tempoh latihan yang agak terhad dengan komitmen kerja hakiki, Pasukan JUPEM telah membuktikan JUPEM BOLEH !!!!

TAHNIAH & SYABAS

Tahniah diucapkan kepada Pengurus Pasukan Lelaki dan Wanita serta pemain semua semoga ukhuwah kita kekal terjalin.

Berikut adalah keputusan KAROM MAKSWIP 2022:

Kategori Lelaki

Juara                   : JUPEM

Naib Juara          : LHDN

Ketiga Bersama : JKR A
                             : JKR B

Kategori Wanita

Juara                   : LHDN

Naib Juara          : JUPEM

Ketiga Bersama : MARA
                             : KESPO A

 

Terima kasih jua atas sokongan padu dari YBrs Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan.


Tahniah dan Syabas JUPEM!