Tarikh diterbitkan : 14 Dec 2022

KUNJUNGAN HORMAT YBRS. PENGARAH CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN, JKR KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 12 DISEMBER 2022

KUNJUNGAN HORMAT YBRS. PENGARAH CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN, JKR KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 12 DISEMBER 2022

KUALA LUMPUR, 12 Disember 2022 - Satu sesi Kunjungan Hormat daripada YBrs. Ir Waznah binti Abd. Aziz, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan delegasi ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Persidangan, Wisma JUPEM.

Delegasi CKIP tersebut telah disambut oleh YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I bersama-sama dengan YBrs. Sr Muhammad Salim bin Mohammed Asari, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster serta pegawai-pegawai kanan JUPEM yang lain.

Delegasi CKIP tersebut turut dihadiri oleh Sr Taufek bin Kasim, Ketua Bahagian Ukur Tanah, CKIP yang juga merupakan kader JUPEM, Ir. Muhammad Khazani bin Abd. Rahman, Ketua Bahagian Pangkalan Udara CKIP, serta wakil-wakil Bahagian dari Building Information Modelling (BIM), JKR dan Cawangan Pengurusan Bersepadu Aset, JKR.

Sesi pertemuan antara dua agensi ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah   isu-isu teknikal yang melibatkan kerja-kerja Ukur dan Pemetaan di JKR, perkongsian maklumat geospatial, perkongsian teknologi pengukuran dan juga peralatan pengukuran antara JUPEM dan JKR. Selain itu, beberapa perkara berkenaan dengan perjawatan kader dan penglibatan kader di dalam seminar,latihan dan bengkel di JUPEM turut diberi perhatian oleh pihak Pengurusan Jabatan.

Pihak JUPEM juga telah memberi taklimat mengenai teknologi pengukuran yang terkini melalui Kaedah Pemetaan Drone. Pihak CKIP juga turut berkongsi maklumat mengenai teknologi BIM dan penglibatan dan integrasi data-data BIM antara JUPEM dan JKR.

Bahagian Ukur Tanah, JKR yang juga merupakan kader JUPEM dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kerja-kerja Ukur Kejuruteraan di bawah projek fizikal JKR secara 'in-house' dengan melibatkan seramai 20 orang kakitangan kader JUPEM yang diketuai oleh Sr Taufek bin Kassim. Sesi pertemuan ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

Semoga dengan pertemuan antara dua pihak ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama di dalam bidang pengukuran, pemetaan dan geospatial.