Tarikh diterbitkan : 15 Dec 2022

HARI PENGAJIAN PEGAWAI REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA SIRI 1/2022 ANJURAN BAHAGIAN GEOSPATIAL PERTAHANAN(BGSP), JUPEM | 13 -14 DISEMBER 2022

HARI PENGAJIAN PEGAWAI REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA SIRI 1/2022 ANJURAN BAHAGIAN GEOSPATIAL PERTAHANAN(BGSP), JUPEM | 13 -14 DISEMBER 2022

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melalui BGSP telah menganjurkan Hari Pengajian Pegawai Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) selama dua (2) hari di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Upacara pembukaan hari pengajian ini telah dirasmikan oleh Brig Jen Fazillah bin Ibrahim, Ketua Jurutera bertemakan Mengeospatialkan Perisikan Jurutera adalah salah satu usaha JUPEM melalui BGSP dalam usaha memperkenalkan keupayaan aset dan platform yang sedia ada di JUPEM dalam membantu ATM amnya dan RAJD khasnya ketika melaksanakan operasi ketenteraan.

Hari Pengajian yang disertai oleh 50 peserta yang terdiri daripada komander dan pemerintah-pemerintah pasukan RAJD telah dijadikan medium perbincangan untuk mendapatkan resolusi atau pelan tindakan dalam membangunkan direktif yang lebih komprehensif bagi memastikan pencapaian pelaksanaan perisikan jurutera melalui platform Defence Geospatial Information Management (DGIM).

Sebanyak empat (4) slot taklimat telah disampaikan pada hari pertama pengajian. Antara slot taklimat itu ialah “Perisikan Jurutera : The Fundamental” yang telah disampaikan oleh Brig Jen Sharuddin bin Mohd Noh, Komander Jurutera Medan Barat Tentera Darat, Brig Jen Sr Dr Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan bertajuk “Evolusi dan Revolusi Geospatial Pertahanan-teknologi geospatial dalam ATM” dan Lt Kol Norazlin binti Pamuji bertajuk “Pengurusan Maklumat Perisikan Jurutera di Dalam Platform DGIM”. Sr Yeap Wei Chien turut memberikan penerangan berkaitan Geodetik (Sistem Rujukan Koordinat).

Pengisian pada hari kedua pula terdiri daripada pembentangan kumpulan mengenai Pelan Tindakan Perisikan Jurutera, pameran Unmanned Aerial Vehicle (UAV) yang turut disertai agensi luar dan pembentangan rumusan oleh pihak penganjur.