Tarikh diterbitkan : 18 Dec 2022

JUPEM @ KEJADIAN BENCANA TANAH RUNTUH DI TAPAK PERKHEMAHAN FATHER'S ORGANIC FARM (FOF CAMPSITE), BATANG KALI SELANGOR | 16 DISEMBER 2022

JUPEM @ KEJADIAN BENCANA TANAH RUNTUH DI TAPAK PERKHEMAHAN FATHER'S ORGANIC FARM (FOF CAMPSITE), BATANG KALI SELANGOR | 16 DISEMBER 2022

Berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 16 Disember 2022 (Jumaat) di tapak perkhemahan Father's Organic Farm Kampung Kuantan Batang Kali, Hulu Selangor, pihak JUPEM mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut. Justeru dari kejadian tersebut, pihak JUPEM telah mengerahkan pasukan UAV dari Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) dan Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung Malaysia (BPTSM) ke kawasan. Tinjauan di tempat kejadian bencana juga telah dilaksanakan oleh YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP) bersama Pasukan JMG serta KSU NRECC.

Penglibatan aset-aset UAV seperti DJI Matrice 300 RTK, DJI Phantom 4 Pro dan DJI Matrice 300 PPK Lidar digunakan bagi melaksanakan penggambaran udara di sekitar kawasan bencana bagi mendapatkan maklumat dan pemakluman kepada pihak atasan. Sama-sama kita doakan agar mangsa yang masih belum dijumpai ditemui dengan keadaan selamat.

JUPEM telah menyediakan Peta Khas Sebelum Bencana serta Peta Khas Selepas Bencana bagi membantu pihak berkaitan di dalam kerja-kerja Search and Rescue (SAR).