Tarikh diterbitkan : 20 Dec 2022

KERJA-KERJA PEMANTAUAN PERGERAKAN TANAH DI TAPAK PERKHEMAHAN FATHER’S ORGANIC FARM, BATANG KALI, SELANGOR

KERJA-KERJA PEMANTAUAN PERGERAKAN TANAH DI TAPAK PERKHEMAHAN FATHER’S ORGANIC FARM, BATANG KALI, SELANGOR

17 Disember 2022 | Sabtu - Pasukan kerjaluar daripada Bahagian Ukur Geodetik (BUG) dan Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM) melalui Pejabat Topografi Wilayah Kuala Lumpur telah menjalankan kerja-kerja pemantauan pergerakan tanah di kawasan kejadian bencana.

BUG telah menggunakan peralatan GNSS dengan melaksanakan cerapan kaedah statik dalam tempoh 4 jam bagi 1 Titik Rujukan Ukur (TRU) utama dan 1 jam bagi 2 TRU sekundar. Cerapan ini telah di buat antara jam 4.00 petang hingga 8.00 malam. Pasukan ini terdiri daripada 4 orang pegawai yang diketuai oleh Sr Muhammad Husaini bin Ya'cob, Pengarah Ukur Seksyen (Perkhidmatan dan Penyelarasan), BUG.

Manakala Pejabat Topografi Wilayah Kuala Lumpur pula menjalankan kerja-kerja Ukur Deformasi bagi pemantauan pergerakan tanah menggunakan total station dan prisma dengan merekod bacaan setiap 15 minit dan akan mendapatkan perbezaan data cerapan jika terdapat pergerakan tanah. Pasukan ini terdiri daripada 12 orang pegawai dan diketuai oleh Sr Mazlan bin Zainal, Juruukur Pejabat Topografi Wilayah Kuala Lumpur.

Kaedah kerja-kerja pemantauan ini telah dipraktikkan semasa Tragedi runtuhan Highlands Tower, Hulu Klang pada tahun 1993.