Tarikh diterbitkan : 20 Dec 2022

JUPEM BUKA BILIK GERAKAN SEMENTARA DI BALAI POLIS GOHTONG JAYA

JUPEM BUKA BILIK GERAKAN SEMENTARA DI BALAI POLIS GOHTONG JAYA

JUPEM melalui Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) telah membuka Bilik Gerakan Sementara di Balai Polis Gohtong Jaya, Genting Highland.

Bilik Gerakan Sementara ini dilengkapi plotter serta peralatan lain bertujuan untuk memberi respon pantas terhadap permintaan data geospatial di lapangan.

Bilik ini juga menjadi lokasi perbincangan antara agensi sebelum tinjauan dan aktiviti di lapangan di buat oleh Tim JUPEM.

Melalui bilik ini, peta dapat dicetak dengan cepat dan dapat terus dibekalkan kepada agensi penyelamat.