Tarikh diterbitkan : 10 Jan 2023

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜-𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗜𝗥𝗔𝗡 | 9 JANUARI 2023

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜-𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗜𝗥𝗔𝗡 | 9 JANUARI 2023

9 Januari 2023 bertempat di Tingkat 8, Wisma JUPEM, Bahagian Ehwal Persempadanan telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Sempadan antara Negeri Selangor dengan Negeri-Negeri Berjiran melibatkan empat (4) sektor iaitu sempadan darat antara Negeri Selangor - Negeri Perak, Negeri Selangor - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Selangor - Wilayah Persekutuan Putrajaya dan sempadan maritim antara Negeri Selangor - Negeri Sembilan. Mesyuarat ini diadakan bertujuan menyelaras dan percambahan fikiran dalam usaha mencapai sasaran yang ditetapkan dalam tahun 2023.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Sr Powzy bin Mohd Som, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan) dan dihadiri oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I JUPEM Selangor, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I JUPEM Perak, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya, pegawai dari Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung Malaysia, Bahagian Kadaster dan Bahagian Ehwal Persempadanan serta pegawai-pegawai yang terlibat dalam hal ehwal persempadanan negeri dari empat (4) JUPEM Negeri terlibat.

Lembaran 2023 dimulakan oleh JUPEM melalui libat urus yang giat berkaitan urusan persempadanan antara negeri di Semenanjung Malaysia dalam usaha membantu pihak Kerajaan Negeri memuktamadkan sempadan darat dan maritim antara negeri. Sempadan yang jelas dan muktamad akan membolehkan perancangan bagi pembangunan di sekitar sempadan darat dan maritim dapat dijalankan dengan terancang serta diurus tadbir dengan baik.