Tarikh diterbitkan : 13 Jan 2023

CERAMAH MUSLIMAT : SIFAT WANITA PERMATA SYURGA OLEH USTAZAH ASMA’ HARUN | 12 JANUARI 2023

CERAMAH MUSLIMAT : SIFAT WANITA PERMATA SYURGA OLEH USTAZAH ASMA’ HARUN | 12 JANUARI 2023

Pada 12 Januari 2023, PUSPANITA JUPEM dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI), Ibu Pejabat JUPEM telah menganjurkan Program Ceramah Muslimat bertajuk SIFAT WANITA PERMATA SYURGA. Ceramah telah disampaikan oleh Ustazah Asma' Harun di Dewan Ukur, JUPEM dengan seramai 250 orang kakitangan wanita Ibu Pejabat JUPEM telah hadir ke program ini.  Program ini juga telah ditonton oleh ribuan rakyat Malaysia secara live melalui FB dan Tiktok JUPEM dan Ustazah Asma’ Harun.

Disamping itu juga, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) juga telah membuka kaunter bergerak bagi memberi kemudahan kepada warga JUPEM untuk pembayaran zakat dan lain-lain keperluan berkaitan zakat. Terima kasih jua buat Ustazah Asma' Harun kerana sudi meluangkan masa buat warga JUPEM. Tidak lupa juga terima kasih buat semua yang sama-sama memeriahkan dan menjayakan program.