Tarikh diterbitkan : 31 Jan 2023

BERITA: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA MEMBENTANGKAN STATUS PENANDAAN DAN PENGUKURAN SEMPADAN (DARAT DAN MARITIM) ANTARA NEGERI KEDAH DAN NEGERI PERLIS KEPADA AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH | 18 JANUARI 2023

BERITA: KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA MEMBENTANGKAN STATUS PENANDAAN DAN PENGUKURAN SEMPADAN (DARAT DAN MARITIM) ANTARA NEGERI KEDAH DAN NEGERI PERLIS KEPADA AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH | 18 JANUARI 2023

Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah pada 18 Januari 2023, telah mempertimbangkan Kertas Kerja Berkenaan Memorandum Persefahaman (MoU-3) Menerima Hasil Ukuran Sempadan dan Perjanjian Persempadanan Darat dan Maritim antara Negeri Kedah dan Negeri Perlis oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan mendengar taklimat Status Penandaan dan Pengukuran Sempadan (Darat dan Maritim) antara Negeri Kedah dan Negeri Perlis yang disampaikan oleh pihak JUPEM.

Dalam sesi ini, YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP) telah membentangkan status pelaksanaan kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan darat dan maritim kedua-dua Negeri merangkumi asas penentuan sempadan berdasarkan kepada "𝘍𝘦𝘥𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘰𝘧 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘢 𝘎𝘰𝘷𝘦𝘳𝘯𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘎𝘢𝘻𝘦𝘵𝘵𝘦" yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Kedah dalam No. 525 bertarikh 31 Disember 1953 dan Kerajaan Negeri Perlis dalam No. 15 bertarikh 28 Januari 1954, gerak kerja dan hasil pengukuran serta pengesyoran memuktamadkan sempadan melalui MoU3 dan Perjanjian Sempadan.

Pada sesi ini, JUPEM turut dihadiri oleh Sr Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Sr Tsalimy bin Abdullah, Pengarah Ukur & Pemetaan Negeri Kedah, Sr Powzy bin Mohd Som, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan) dan wakil-wakil Pegawai JUPEM dari Bahagian Ehwal Persempadanan dan JUPEM Kedah.

Justeru, semoga pertimbangan dan persetujuan oleh MMK Negeri Kedah untuk memuktamadkan sempadan darat dan maritim akan menjadikan sektor yang pertama dimeterai secara serentak dalam lipatan sejarah Malaysia. Komitmen, hubungan baik dan usaha sama dalam menjayakan persempadanan darat dan maritim kedua-dua negeri ini diharapkan berjalan lancar dan menjadi titik permulaan ke arah usaha pemuktamadan sempadan bagi sektor-sektor negeri yang belum selesai di Malaysia.