Tarikh diterbitkan : 31 Jan 2023

LAWATAN AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KE JUPEM | 25 JANUARI 2023

LAWATAN AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KE JUPEM | 25 JANUARI 2023

Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM Skudai Johor, telah mengadakan lawatan akademik ke JUPEM. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar Kejuruteraan Geomatik dan Sains Geoinformatik berkenaan peranan, fungsi jabatan, teknologi dan sistem yang terdapat di JUPEM.

Lawatan ini telah melibatkan seramai 37 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 1 hingga tahun 4 Kejuruteraan Geomatik dan Sains Geoinformatik. Pelajar-pelajar telah diiringi oleh dua orang pensyarah iaitu Sr Dr. Muhammad Hafiz bin Mohd Yatim dan Dr. Norhadija binti Darwin.

Sesi taklimat Pengenalan Jabatan telah disampaikan oleh Bahagian Perancangan dan Korporat di Bilik Persidangan, Tingkat 15 Wisma JUPEM dan seterusnya melawat ke bahagian-bahagian yang berkenaan seperti di JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM) dan Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU). Sesi lawatan terakhir adalah di Makmal Ujian Alat Pengesanan Utiliti Bawah Tanah, JUPEM Ibu Pejabat.

Terima kasih kepada pihak UTM, Skudai Johor yang sudi melawat JUPEM dan terima kasih atas kerjasama semua bahagian-bahagian di JUPEM Ibu Pejabat yang menjayakan program lawatan berkenaan.