Tarikh diterbitkan : 31 Jan 2023

KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITI GEOMATIKA MALAYSIA KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 27 JANUARI 2023

KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITI GEOMATIKA MALAYSIA KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 27 JANUARI 2023

Satu sesi kunjung hormat daripada Universiti Geomatika Malaysia (UGM) ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian, Wisma JUPEM.

Delegasi UGM telah disambut oleh YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia bersama-sama  Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I serta pegawai-pegawai kanan JUPEM yang lain.

Delegasi UGM telah dihadiri oleh Prof. Dato Sr Dr. Azimuddin bin Bahari, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Industri), Gs. Dr. Nurul Amirah binti Isa, Dekan Fakulti Asia Alam Bina serta pensyarah-pensyarah UGM. Objetif sesi kunjungan ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara UGM dan JUPEM melalui program-program yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak selain membincangkan hala tuju dan penambahbaikan dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti, kompeten serta serba boleh.

Pihak UGM juga turut memberi taklimat pengenalan ringkas berkaitan dengan Universiti yang telah disampaikan oleh Gs. Dr. Nurul Amirah binti Isa, Dekan Fakulti Asia Alam Bina, UGM. Sesi kunjungan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar. Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama di dalam bidang pengukuran, pemetaan dan geospatial.