Tarikh diterbitkan : 31 Jan 2023

BENGKEL PENENTUAN FOOT OF SLOPE (FOS) BAGI PEGAWAI PELAPIS PROJEK PELANTAR BENUA MALAYSIA | 18-20 JANUARI 2023

BENGKEL PENENTUAN FOOT OF SLOPE (FOS) BAGI PEGAWAI PELAPIS PROJEK PELANTAR BENUA MALAYSIA | 18-20 JANUARI 2023

Keperluan mengenalpasti dan melatih pegawai-pegawai pelapis serta mengekalkan pegawai-pegawai yang terlibat di bawah Projek Pelantar Benua Malaysia adalah merupakan satu usaha dalam memastikan sustainability dan kesinambungan kepada Joint Submission by Malaysia and the Socialist Republic of Viet Nam (2009) serta Partial Submission by Malaysia (2019) sehinggalah Malaysia dapat mempertahankan submission dan menerima recommendation apabila penelitian dijalankan oleh Suruhanjaya Mengenai Had Pelantar Benua atau Commission on the Limits of the Continental Shelf (CLCS) kelak.

There is a saying among seafarers that "the hardest part about captaining a ship is finding a ship to captain" (Carleton et al., 2000) and this relates to an implementation of Article 76, where the toughest part about mapping the foot of the continental slope is to find the foot of the continental slope (Carleton et al., 2000).

Dalam hubungan ini, JUPEM telah mengenalpasti pegawai-pegawai pelapis yang terlibat menghadiri Bengkel Penentuan Foot of Slope (FOS) bagi Pegawai Pelapis Projek Pelantar Benua Malaysia anjuran Tim Khas Pelantar Benua, Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mana turut dihadiri oleh pegawai-pegawai pelapis daripada Jabatan  Jabatan Mineral dan Geosains, Pusat Hidrografi Nasional dan Jabatan Peguam Negara. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada generasi pelapis berkaitan aspek teknikal berkaitan Artikel 76 para 4 (a) memandangkan pertukaran pegawai yang silih berganti serta platform untuk pegawai-pegawai bertukar-tukar pendapat dan pengalaman melalui keterlibatan pegawai-pegawai perintis Projek Pelantar Benua pada Fasa I dan Fasa II.

Penceramah terdiri daripada Yang Berusaha Dr. Mazlan bin Madon, penasihat Projek Pelantar Benua merangkap ahli CLCS, Encik Noran Alwakhir Shaarani (Jabatan Mineral dan Geosains), Kdr. Mohd Shukri bin Mohd Yusop (mantan Tim Khas Pelantar Benua Fasa II) dan Kdr. (R) Haji Mohd Rashdan bin Yunus (mantan Tim Khas Pelantar Benua Fasa I). Semoga usaha berterusan oleh semua Jabatan dan Agensi yang terlibat akan diteruskan dari masa ke semasa demi kepentingan dan kedaulatan Negara.