Tarikh diterbitkan : 02 Feb 2023

KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) DAN BAHAGIAN GEOMATIK DAN UKUR TANAH, PERTUBUHAN JURUUKUR DIRAJA MALAYSIA (RISM) | 31 JANUARI 2023

KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) DAN BAHAGIAN GEOMATIK DAN UKUR TANAH, PERTUBUHAN JURUUKUR DIRAJA MALAYSIA (RISM) | 31 JANUARI 2023

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2023 - JUPEM dan Bahagian Geomatik dan Ukur Tanah, Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah berjaya menganjurkan Kempen Derma Darah bertempat di Dewan Ukur, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Kempen Derma Darah ini telah dirasmikan oleh Sr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur dan Pemetaan WP Kuala Lumpur & Putrajaya yang mewakili Jabatan dan diiringi oleh YBrs Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Pengerusi Bahagian Geomatik dan Ukur Tanah, RISM.

Seramai 144 orang telah hadir dalam kempen ini dan terdapat 87 orang penderma berjaya melepasi saringan untuk menderma darah. Pihak Urus Setia JUPEM dan RISM mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma dan kakitangan PDN kerana telah menjayakan kempen ini.

“Setitis darah, Seribu Harapan, Sejuta Senyuman”