Tarikh diterbitkan : 08 Feb 2023

MAJLIS PERTEMUAN KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (KPUP) BERSAMA PEGAWAI KADER JUPEM | 7 FEBRUARI 2023

MAJLIS PERTEMUAN KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (KPUP) BERSAMA PEGAWAI KADER JUPEM | 7 FEBRUARI 2023

Majlis pertemuan yang julung kali diadakan ini merupakan platform bagi pihak Pengurusan Tertinggi JUPEM bersama-sama pegawai kader JUPEM membincangkan isu-isu, perkembangan jabatan dan cabaran berkaitan perkhidmatan kader bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan agar lebih efisien ke arah perancangan dan matlamat jabatan.

Pertemuan antara kakitangan/pegawai Kader JUPEM ini telah dilaksanakan di Dewan Ukur, JUPEM Ibu Pejabat dengan dihadiri hampir 80 orang. Pengurusan Tertinggi JUPEM yang diketuai oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBrs. Sr Mohamad Zaki bin Mohamad Ghazali, serta Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman dan Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, YBrs. Sr Hazri bin Hassan. Turut hadir Pengarah Ukur Bahagian Dasar Dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP) Sr Saiful Wazlan Bin Wahab dan Pengarah Ukur Bahagian Perancangan Dan Korporat, Sr Mohamad Azmar bin Che Mat.