Tarikh diterbitkan : 21 Feb 2023

PERASMIAN PROGRAM JUNIOR LEXUS 2023 | 16 FEBRUARI 2023

PERASMIAN PROGRAM JUNIOR LEXUS 2023 | 16 FEBRUARI 2023

Pengkalan Chepa, 16 Februari 2023 - Satu sesi pelancaran Program Kepimpinan Eksekutif Muda untuk Juruukur dan Jurugeospatial (Junior Leadership Executive Course for Surveyors and Geospatialists, Junior LEXUS) bertempat di Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah disempurnakan oleh YBrs. Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali.

Majlis perasmian ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG), UMK, Dr. Muhammad Akmal bin Remli, mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan, Prof. Dato' Dr. Noor Azizi Bin Ismail, Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat), Sr Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan, Sr Jamil Faisal bin Yusoff, barisan tenaga pengajar LEXUS, dan para peserta secara fizikal dan atas talian.

YBrs. KPUP telah menyampaikan amanat kepimpinan kepada para peserta yang merupakan pegawai-pegawai JUPEM yang berkhidmat di JUPEM mahupun di agensi lain. Suatu sesi perbincangan juga turut diadakan bagi melihat kolaborasi strategik yang boleh diwujudkan antara pihak JUPEM dan UMK selepas sesi perasmian tersebut.