Tarikh diterbitkan : 21 Feb 2023

GAMBAR: BENGKEL PEMBANGUNAN ANALISA SAINS DATA KE ARAH PEMBANGUNAN KEPUTUSAN STRATEGIK - SIRI 1 | 12-17 FEBRUARI 2023

GAMBAR: BENGKEL PEMBANGUNAN ANALISA SAINS DATA KE ARAH PEMBANGUNAN KEPUTUSAN STRATEGIK - SIRI 1 | 12-17 FEBRUARI 2023

Pengkalan Chepa, 17 Februari 2023 - Siri pertama Bengkel Pembangunan Analisa Sains Data Ke Arah Pembangunan Keputusan Strategik di bawah Program Kepimpinan Eksekutif Muda untuk Jurukur dan Jurugeospatial (Junior LEXUS) telah selesai dilaksanakan pada 12 - 17 Februari 2023 (Ahad - Jumaat). Tujuan bengkel ini diadakan bagi meningkat penguasaan dan kemahiran generik dengan mengetengahkan konsep dan praktikal pembangunan keputusan berdasarkan analitikal data secara deskriptif. Para peserta telah didedahkan mengenai konsep dan praktis analitikal data, penerokaan analitikal data (EDA), pembangunan antaramuka secara visualisasi, pengaturcaraan sumber terbuka Phyton dan pelbagai platform pembangunan visualisasi strategik menggunakan Google Studio.

Pengisian siri bengkel ini telah disempurnakan oleh tenaga pakar analitikal data selaku perunding dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) iaitu Pengarah Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG), UMK, Dr. Muhammad Akmal bin Remli dan Pensyarah Kanan UMK, Ts. Dr. Hadrami bin Ab. Ghani dan Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Sr Dr. Ngah Zaifa binti Ab. Ghani serta Ts. Dr. Mohd Zamri bin Osman. Kumpulan pertama Junior LEXUS ini akan terlibat dengan penyediaan kertas cadangan A3 dan pelaporan artikel ilmiah, pelaksanaan projek khas, projek tanggungjawab korporat sosial (CSR) serta seminar dan akan menamatkan program mereka pada September 2023.

Diharapkan dengan penganjuran Program Junior LEXUS ini dapat  mencapai objektif di antaranya adalah untuk melahirkan dan mencambah generasi serta pelapis bakal pemimpin Jabatan dengan pengurusan cekap, seterusnya mewujudkan legasi ekplorasi kepimpinan terunggul kepada semua Juruukur dan Jurugeospatial JUPEM.