Tarikh diterbitkan : 21 Feb 2023

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JUPEM SIRI 1/2023 | 13-17 FEBRUARI 2023

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JUPEM SIRI 1/2023 | 13-17 FEBRUARI 2023

Siri pertama Program Transformasi Minda (PTM) 2023 telah selesai dilaksanakan pada 13-17 Februari 2023 dengan kerjasama pihak INSTUN. PTM ini adalah sebagai satu syarat wajib untuk tujuan pengesahan jawatan bagi pegawai lantikan baharu. Selain itu ia adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai lantikan baharu mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah negara, integriti pentadbiran negara serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam. PTM juga di harap dapat memupuk keperibadian, jati diri dan nilai integriti peserta supaya lebih berketerampilan seterusnya menjadikan peserta seorang pegawai awam yang mempunyai nilai kerja yang cemerlang dan berintegriti.

PTM siri 1 JUPEM ini telah di hadiri seramai 70 orang peserta dari gred H11 dan N11 dan Majlis Perasmian PTM JUPEM Siri1/2023 telah di sempurnakan oleh Sr Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan Korporat JUPEM bersama dengan Puan Wardah bt. Mohd Puad, Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Sr Ahmad bin Omar, Ketua Program Ukur (Bahagian Ukur dan Pemetaan INSTUN) dan Sr Rabiulkhair bin Mohd Nor, Pengarah Ukur Seksyen Pengurusan Korporat.

Sepanjang 5 hari PTM berlangsung, pelbagai pengisian telah disempurnakan oleh barisan penceramah dari pelbagai kementerian/agensi dan Bahagian di JUPEM yang mencakupi 3 segmen iaitu Segmen Negara dan Perkhidmatan Awam, Segmen Peranan dan Tanggungjawab dan Segmen Budaya Kerja Cemerlang.