Tarikh diterbitkan : 07 Jan 2020

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan antara Kol. Sr Muhamad Nadzir bin Mat Isin, Timbalan Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan dengan Brig. Jen. Haji Zakaria bin Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan baharu telah diadakan pada 6 Januari 2020 (Isnin) bertempat di Tingkat 2, Bangunan Ukur. Sebelum majlis berlangsung, Brig. Jen. Haji Zakaria bin Abdul Rahman turut mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia di Pejabat KPUP, Wisma JUPEM.