Tarikh diterbitkan : 23 Feb 2023

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT TAULIAH KOLONEL KEHORMAT KEPADA YBRS. SR MOHAMMAD ZAKI BIN MOHD GHAZALI, KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 22 FEBRUARI 2023

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT TAULIAH KOLONEL KEHORMAT KEPADA YBRS. SR MOHAMMAD ZAKI BIN MOHD GHAZALI, KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 22 FEBRUARI 2023

Sekalung tahniah diucapkan kepada YBrs. Kolonel (K) Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia atas penganugerahan pangkat Kolonel Kehormat yang telah disempurnakan oleh YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Darat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat bertempat di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira PTD, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Turut dinaikkan pangkat pada majlis tersebut adalah Kolonel Norazlin binti Hj. Pamuji, Timbalan Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan.

Penganugerahan ini telah diperkenankan menerusi kelulusan Majlis Angkatan Tentera ke-604 pada 22 Disember 2022.